22 August 2010

nama-nama / nama samaran

niat tu memang nak writing, tetiba aku nak tulis something sini pulak...
rasanya selama aku hidup dah dekat 2 dekad ni, aku pernah bertukar2 nama samaran/nama panggilan yang aku dapat. sampai waktu sekarang ni if aku jumpa member yang datang dari sekolah menengah & universiti dalam waktu yang sama, aku pun konfius nak sembang...
contoh, aku kawan ngan nobie dari sek menengah, so dia panggil aku donat, aku kawan ngan yul dari usm, so yul panggil linda, depa dua jadi housemate plak kat usm, so kami 3 orang closed... so bila sembang kat facebook... aku blur.... hahhaha

yang masih aku ingat:

beby: ntah ye ntah tidak, nama masa sekolah rendah, ke aku je yang perasan, aku pun tak tau... tapi aku ingat macam ada... lagipun masa sekolah rendah mesti panggil awak. auwwww sopan! hahahahha..... awak2 tu johorian, kalau kat sini mesti dah jadi hang!!!!!

donat: ni nama aku dapat masa sekolah menengah... maybe sebab ramai sangat orang nama linda dalam hostel tu, sampai 3/4 orang kot. lalu kakak2 senior mulalah memikirkan nama samaran yang depa nak bagi kat aku. kebetulan, awal2 masuk hostel tu, kalau ada orang outing je aku mesti nak pesan donat yang cucuk kat lidi tu. so lepas tu terus melekat nama aku jadi donat... mesti orang ingat dulu aku gebu2 (eh tembam2) macam donat. tapi donat yang cucuk2 kat lidi tu tinggi dan langsing. hehhehe


lebih kurang macam ni la donat tu.
ada jual kat kedai roti apanamantah kat jalan rahmat, dekat maybank baru tu :p

linda: ni nama masa matrik sampailah sekarang... mungkin masa matrik & kat usm tu dah takde saingan orang nama linda, so nama aku kekal :)

lin: masa aku kerja kat kl dulu semua satu office panggil aku lin, sebab linda dah ada nama untuk amoi2 cantekkk, linda awek anak bos besar and belinda si manager. office mate aku tak nak take risk tambah lagi sorang linda, so aku jadik lah lin aje,

ucu: semua anak sedara panggil aku nama ni. bila dah tak puas hati dengan aku, terus panggil aku momok... dah tu, sapa suruh buat sepah kat rumah!!!! susun2 kusyen jadi pondok la apala.. kalau waktu hari raya buat macam tu, mau tak nya aku tak mengaum! aku jugak yang nak kena kemas!!! tapi sekarang dah banyak pelapis, anak sedara aku banyak yang dah besar2 & aku pun dah ada sorang cucu, boleh suruh depa kemas.. ngeh2.

nda/adik: ni nama yang aku bahasakan diri aku dengan family aku, yela dengan family mesti kome ada nama2 tersendirikan, tak kan dengan family pun nak cakap aku engkau.... mesti ada secret name. hahahhaha

aku tak tau la kalau kat belakang aku ada je nama2 samaran lain seperti tonjang, galah or wateva... and mungkin di masa hadapan akan dapat nama2 lain lagi. aku tak kesah... asalkan kita semua baik2 aja. :)

No comments: